Sunday 10 March 2024

[10032024] [Ad-Hoc] Percutian yang tidak dirancang!

Percutian tanpa rancang

Jumaat 08032024

GMT+8
1230 Saya hantar salinan pasport dan geran kepada agen untuk siapkan dokumen TM2, TM3, White Card dan Insurans kereta (compulsary + voluntary) melalui whatsapp +60134747155. Saya pindahkan RM170.00 terus ke akaun agen.

1245 Beli insurans perjalanan Etiqa Takaful Travel 360 Platinum melalui webiste. Jumlah premium RM100.12 dengan lindungan RM500,000.00 seorang. Saya whatsapp salinan polisi kepada keluarga dan pejabat.

1440 Usai solat Jumaat di masjid Changlun, saya tukar RM ke Baht (kadar Bht7.48 kepada RM1.00) di Akbar Money Changer.

1445 Singgah di agen berhampiran T Hotel Changlun untuk kutip dokumen lantas terus pandu pulang ke rumah.

1600 Bertolak keluar dari rumah tanpa destinasi tetap. Saya laksanakan sumbangsaran bersama isteri dan anak-anak yang mana kami setuju untuk ke Ao Nang, Krabi. Rasional pemilihan Krabi adalah kerana kami semua ada pasport merah. Hotel belum ditempah, laluan belum ditetapkan, bajet makan minum, petrol belum dihisab malah pelan mitigasi/kontinjensi belum muktamad.

GMT+7
2200 Tiba di Ao Nang. Berhenti berhampiran masjid sebelah pasar malam (8.0517989, 98.8163013) dan  memilih tempat makan malam.
2245 Saya mulakan pemanduan. Pada masa yang sama isteri saya menyemak booking.com, agoda dan google maps untuk mendapatkan penginapan terbaik.

2330 Selepas mengambil kira semua opsyen yang ada, kami bersetuju untuk menginap di Palm Paradise Resort.

09032024 Sabtu

0800 Kami habiskan makanan bungkus daripada lebihan makan malam semalam dan terus menikmati kolam renang hotel.

1100 Pemanduan mencari brunch. Tempat terbaik adalah Muslim Street bertentangan Masjid Al-Munawwarah, Ao Nang 8.0347876, 98.8300718.
1330 Kami tergerak untuk meneroka pekan Krabi. Pernah kami menginap di Hotel Krabi Front Bay pada 8 Mac 2015. Alhamdulillah, boleh jumpa walaupun tanpa menggunakan aplikasi GPS.

1430 Kami teruskan pemanduan untuk meneroka dan membiasakan diri dengan Pekan Krabi. GPS diabaikan, pemanduan adalah berdasarkan papan tanda denhan tulisan yang tidak kami biasa.

1500 Kami tiba di Mud Crab Sculpture. Saya pastikan kereta diletakkan di tempat yang sepatutnya. Tidak ada tanda belang kuning apatah lagi berbelang merah pada kaki lima. Selesai sesi bergambar bersama arca ketam.
1520 Kami didatangi seorang pakcik dan beliau memberi salam. Saya menjawab salam dan cuba mendengari dengan teliti bahasa Thai yang digunakannya. Saya cakap "Put Thai, No". Kemudian saya ulang "No Put Thai, Put Malay". Pakcik rupanya seorang boatman dan beliau mengajak kami teroka perairan dengan tailboat milik beliau. "Five Hundred Baht", ujar beliau. Kami setuju. Terima kasih pakcik boatman.
1620 Kami bergerak pulang ke Ao Nang.

1700 Kami singgah di PTT dalam perjalanan untuk mengisi minyak. Atendan minyak menuding jari ke arah tayar hadapan sebelah kiri dengan berbahasa yang kami tidak faham. Apabila disemak rupanya tayar pancit. Teruslah saya bertanya kepada atendan dan dengan bantuan google translator, mesej bertukar dengan jaya dengan pemahaman yang mantap.
1830 Kami tiba di hotel. Selesai urusan diri dan rehat.

2000 Kami keluar semula mencari makan malam dengan menuju ke lokasi Muslim Street hadapan Masjid Al-Munawwarah. 

2045 Kami letak lereta di tepi jalan dan kami berjalan kaki turun bukit menuju pantai. Saya tidak mahu menyenaraikan perkara-perkara menarik, pelik, biasa dan luar biasa kami temui. Hanya yang mengalaminya dapat merasainya. لا يذوقها إلا من ذاقها
2130 Selesai kami bergambar di hadapan arca ikan marlin di Pantai Ao Nang, kami memilih untuk menaiki beca bermotor (teksi motosikal roda tiga) untuk kembali ke Muslim Street. Pengalaman luar biasa.
2150 Kami membeli makanan di Muslim Street, hidupkan kereta dan terus ke hotel untuk menikmati late dinner.






10032024 Ahad

1000 Check-out hotel dan kami mulakan tujuan pulang ke tanah air.

1030 Singgah di kedai cenderahati. Sekadar mencuci mata (window shopping)
1230 Berhenti di PTT/7E untuk mendapatkan brunch. Pertama kali membeli burger ikan dan double cheese dalam paket. Pekerja 7E tanya dalam bahasa yang saya tak faham. Saya faham apabila pekerja menunjuk le arah oven.

1430 Berhenti di PTT/Amazon untuk membeli 'Teh Ais Frappe' berhampiran bandar Trang. Toilet break dan RnR sebelum meneruskan perjalanan.



1530 Berhenti di Lotus's Bandar Trang. Beli cenderahati dan teruskan lagi perjalanan.

1630 Berhenti di pasar malam berhampiran Satun. Isteri saya habiskan baki duit Baht yang ada.

1730 (1830 GMT+8) Selesai urusan di Sempadan Malaysia-Thailand.