Thursday 26 January 2012

Kepayahan, Sahabatnya Kemudahan

(فإن مع العسر يسرا . إن مع العسر يسرا). .

إن العسر لا يخلو من يسر يصاحبه ويلازمه . وقد لازمه معك فعلا . فحينما ثقل العبء شرحنا لك صدرك , فخف حملك , الذي أنقض ظهرك . وكان اليسر مصاحبا للعسر , يرفع إصره , ويضع ثقله .

وإنه لأمر مؤكد يكرره بألفاظه: (فإن مع العسر يسرا . إن مع العسر يسرا). . وهذا التكرار يشي بأن الرسول [ ص ] كان في عسرة وضيق ومشقة , اقتضت هذه الملاحظة , وهذا التذكير , وهذا الاستحضار لمظاهر العناية , وهذا الاستعراض لمواقع الرعاية , وهذا التوكيد بكل ضروب التوكيد . . والأمر الذي يثقل على نفس محمد هكذا لا بد أنه كان أمرا عظيما . .

Petikan tafsir Fi Zilal Quran terhadap surah Insyirah ayat 5 dan 6
(Sayed Qutub: meninggal dunia 1966)

______
2. Sesungguhnya 'kepayahan' tidak akan terpisah daripada 'kesenangan' yang sentiasa menemani bergandigan tangan. Umpama laut dan pantai, umpama isi dan kuku.

Allah Maha Adil.

Setiap ujian yang dikenakan ke atas hambanya pasti ada tujuan dan kebaikan pada hujungnya.

Ujian pula datang dalam pelbagai keadaan. Kadang2 kita diuji dengan kepayahan dan duka cita, kadang2 kita diuji dengan kesenangan dan lapang dada. Ujian2 ini semuanya untuk menguji sama ada hamba ini bersyukur atau kufur.

Surah al-Mulk ayat 2 memberitahu bahawa penciptaan mati dan hidup adalah untuk menguji dan menzahir keadaan kita, siapa antara kita yang lebih baik amalannya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.

Surah Luqman ayat 12 menyentuh ujian kebijaksanaan yang diberikan kepada Lukman untuk mensyukuri kurniaan Allah. Barangsiapa yang bersyukur, sesungguhnya faedah kesyukuran itu akan kembali kepadanya dan barangsiapa yang kufur sememangnya Allah Maha Kaya Lagi Maha Terpuji.

Setiap Nabi dan Rasul (ص) diuji dengan pelbagai ujian. Terutama rasul2 Ulul Azmi yang menghadapi tentangan hebat daripada keluarga dan kaumnya sendiri. Semuanya untuk persediaan menghadapi kepayahan serta kemanisan pada hujungnya.

______
3. Saya teringat satu eksperimen dibuat terhadap ulat beluncas. Dua biji telur rama2 yang sama diambil. Tetasan daripada telur adalah pada masa yang sama. Makanan yang diberikan sama. Perjalanan hidup beluncas2 ini adalah sama. Keadaan suhu, cuaca dan makanan juga sama. Tibanya masa untuk menganyam kepompong pun adalah pada masa yang sama.

Eksperimen yang dibuat adalah pada masa kedua2 ekor makhluk ini hendak keluar daripada kepompongnya.

Apabila kelihatan matangnya dua rama2 ini dan menggigit kulit kepompong. Satunya (si A) dibiarkan keluar dengan kepayahan. Satu lagi (si B) digunting hujung kepompongnya bagi memudahkannya keluar.

Rama2 A, sebaik keluar dari kepompong, sebaik keringnya sayap, ia terus TERBANG.

Sebaliknya rama2 B, walaupun keluarnya lebih awal, lebih mudah dan sayapnya kering dahulu, namun didapati ia sekadar BERJALAN di atas meja. Tidak terbang dan tidak berusaha untuk memajukan dirinya.

Hipotesis daripada eksperimen ini adalah 'kepayahan' merupakan keperluan dalam hidup kita. Sekali-sekala kita dijolok dan diusik daripada 'comfort zone' adalah baik dan sihat.

______
4. Datangnya sakit untuk kita syukuri kesihatan. Datangnya kesempitan untuk kita hargai kelapangan.

Firaun diriwayatkan sebagai tidak pernah diuji dengan kesakitan. Itulah antara faktor Firaun menanggap dirinya tuhan.

اغتنم خمسا قبل خمس: شبابك قبل هرمك، وصحتك قبل سقمك، وغناك قبل
فقرك، وفراغك قبل شغلك، وحياتك قبل موتك
______
5. Surah Insyirah ayat 5 dan 6 menegaskan sebanyak dua kali bahawa selepas kepayahan akan datang kemudahan.

Sabarlah. Terima dan redha dengan ujian Allah dengan keimanan dan ketaqwaan. Nescaya di hujung setiap
ujian ada kemanisan yang menunggu.

______
6.
Every Cloud Has A Silver Lining.

If you hit rock botton, there's no where else to go but UP.

والله اعلم



[10032024] [Ad-Hoc] Percutian yang tidak dirancang!

Percutian tanpa rancang Jumaat 08032024 GMT+8 1230 Saya hantar salinan pasport dan geran kepada agen untuk siapkan dokumen TM2, TM3, White C...