Monday 18 January 2010

Farewell Speech At SMK Agama Arau 14 Januari 2010

Assalamualaikum wbt
Terima Kasih Pengacara Majlis, Ustaz Mohamad Juhari Bin Maadiah
Yang Berusaha Tuan Pengetua, Puan Salmiah Binti Sabran
Penolong Kanan, Tuan Hj mukhtar Bin Kasim
Penolong Kanan HEM, Pn Hjh Shabariah Binti Othman
Penolong Kanan Kokurikulum, En Mohd Nasir Bin Ismail
Guru-guru Kanan
Guru-guru Cemerlang
Staf
Dan seterusnya para Palajar Yang Dikasihi Sekalian.

Rabbishrahli Sadri...

Pada 4 Januari 1987, saya mula menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (Alawiyah). Tingkatan Satu. Saya meninggalkan sekolah ini selepas SPM pada 1991. Saya amat berbangga untuk menyebut bahawa saya adalah 'Produk SMK Agama Arau'

Selepas 20 tahun pada 2007, Alhamdulillah, saya dikembalikan ke sekolah ini sebagai tenaga pengajar. Saya amat bangga bersama-sama berganding bahu dengan guru-guru yang pernah mengajar saya dahulu. Merekalah guru-guru kita. Merekalah yang mendidik dan mengajar saya sehingga saya mencapai kejayaan demi kejayaan dalam hidup ini. Berilah tepukan kepada guru-guru kita.

Sepertimana yang disebut oleh tuan pengetua tadi, perpidahan saya ke Australia, bukanlah untuk kenaikan pangkat. Memang perpindahan saya sekadar perpindahan setara. gaji pun tak banyak berubah. Sekadar pertambahan RM300 sahaja. Namun, saya sanggup menyahut undangan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk berkhidmat di Australia adalah untuk memajukan diri sendiri. Moga pengalaman dan ilmu yang bakal saya timba, boleh saya aplikasikan untuk kemajuan diri saya.Saya berhasrat untuk pulang ke sekolah ini 20 tahun lagi InsyaAllah sebagai seorang yang boleh menyumbang lebih kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Kejayaan tidak boleh dicapai dengan sekelip mata. Sepertimana yang disebut oleh Tuan Pengetua tadi amat penar. Penuh dengan ranjau, onak dan duri. Penuh dengan mehnah dan tribulasi. Namun, berbekalkan iman yang teguh, kecekalan dan kepercayaan bahawa 'Fainna maal usri, yusra' diulang 'Inna maal usri yusra (sesungguhnya bersama-sama kepayahan itu kesenangan), maka janganlah kita risau. Perjalanan hidup saya, bagi mereka yang mengetahui tidak kurang dengan ujianNya. Namun sepertimana Rasulullah SAW dihiburkan dengan isra' dn mi'raj selepas kewafatan isteri baginda serta kewafatan ayah saudara baginda, saya juga alhamdulillah, dihiburkan juga selepas ujian. Tuan-tuan dan puan-puan, serta anak-anak didik sekalian, isra' dan mi'raj saya ialah Cikgu Aida Suhaini binti Ali.

Saya terlalu banggan menjadi produk SMKAA. saya nampak di hadapan saya bakal-bakal pemimpin masa depan. Bekas-bekas pelajar SMKAA ini umpama benih yang subur. Jika dilempar ke laut, insyaAllah akan menjadi pulau. Jika Dicampak ke padang pasir, insyaAllah akan menjadi oasis. Jika dilontar ke langit, insyaAllah kita akan jadi bintang yang menyinar.

Tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak sekalian.
Doakan keselamatan kami. Ampunkan segala kesalahan saya serta keluarga. Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua. Terima kasih semua.

Bagi mereka yang banyak membantu, memberi kerjasama kepada saya, usahlah berhenti. Apa yang para pelajar berikan kepada saya, berilah kepada guru-guru serta masyarakat yang ada di SMKAA ini. Percayalah mereka. Nescaya mereka akan membimbing anda ke arah kegemilangan.

Maka dengan itu, wabillahitaufiq wal hidayah,
Assalamualaikum wbt...

Terpahat
14 Januari 2010, Khamis, 7.30am

[10032024] [Ad-Hoc] Percutian yang tidak dirancang!

Percutian tanpa rancang Jumaat 08032024 GMT+8 1230 Saya hantar salinan pasport dan geran kepada agen untuk siapkan dokumen TM2, TM3, White C...