Sunday 18 April 2021

UPSR dan Autonomi Guru!

Professional Judgement!

Saya perasan ada guru yang minta UPSR dikekalkan. Sebab apa? Untuk apa?
Antara hikmah Pandemik Covid-19 ini, adalah pembuktian bahawa Malaysia tidak berhajat kepada satu peperiksaan berpusat untuk peringkat pendidikan rendah. Tak ada peperiksaan pun, murid boleh masuk sekolah menengah. Boleh jer pilih sama ada ke SBP atau SMKA atau ke MRSM atau feeder school atau mana-mana sekolah pilihan.
Cuma saya tidak puas hati bila waktu permohonan, ibu bapa diminta buat tiga pilihan. Tapi waktu proses, kenapa hanya pilihan pertama sahaja yang diambil kira? Tak cukup tenagakah? Tak ada kepakarankah? Atau sistem dan faktor manusia belum bersedia? Please sort this out ASAP!
Kembali kita kepada tajuk 👆🏻
Guru dilatih untuk menjadi pendidik, pengolah kurikulum, pembuat keputusan, pelaksana kurikulum dan pentaksir.
Selama ini, orang lain buat kurikulum (BPK), orang lain buat latihan (BPG), orang lain olah kreativiti (BPSH) dan orang lain pula yang mentaksir (LPM).
Persoalan saya.
1. Guru-guru Malaysia tidak yakinkah pada autonomi?
2. Guru-guru Malaysia tidak yakinkah pada kuasa yang diberikan?
3. Guru-guru tidak yakinkah dengan kemahiran mengolah, melaksana dan mentaksir dengan 'professional judgement'?
4. Guru-guru sukakah selepas mengajar bersungguh-sungguh, bergolok bergadai dan akhirnya guru serah anak-anak murid sendiri untuk ditaksir oleh orang lain (LPM)? Cikgu teruk-teruk ajar, akhirnya minta orang lain taksirkan?
Sudah sampai masanya guru-guru Malaysia yakin pada diri sendiri.
Sampai masanya guru-guru Malaysia mengajar bersungguh-sungguh.
Sampai masanya guru-guru Malaysia lengkapkan anak-anak bangsa dengan ilmu dan kemahiran agar menjadi insan yang seimbang dan harmonis.
Sampai masanya guru-guru Malaysia untuk sediakan anak-anak kita untuk menghadapi masa hadapan. Prepare them for tomorrow's challenges, today!
Bukan mengajar untuk peperiksaan.
Guru-guru ada kuasa.
With great power comes great responsibilities.
Ahmad Sabri bin Mohamad
18042021 0240hrs

[10032024] [Ad-Hoc] Percutian yang tidak dirancang!

Percutian tanpa rancang Jumaat 08032024 GMT+8 1230 Saya hantar salinan pasport dan geran kepada agen untuk siapkan dokumen TM2, TM3, White C...