Posts

Showing posts from July, 2021

evo me

Image

NUTP dan Tekanan Guru!

NUTP dan terbebannya guru. JPN dan PPD dikambing hitam? UPSR dah tak ada. PT3 ditangguh lagi. Khabarnya termuncul sudah dua kelompok guru. Kumpulan A yang buat-buat lega, pilih untuk goyang kaki, que sera sera, apa nak jadi, jadilah. Ada pula kumpulan B. Guru yang terlonjak-lonjak suka apabila autonomi guru diiktiraf. Suka dengan fleksibiliti dan kepercayaan yang diberikan agar dapat diserlahkan kreativiti. Guru dapat serlahkan kemahiran menggunakan aplikasi web 2.0. Guru dapat praktikkan student-centered learning , community-centered learning dan macam-macam lagi. Kumpulan ini suka dapat design kurikulum sendiri (tapi masih dalam skop KPM la)... Suka dapat aplikasikan pelbagai jenis pentaksiran yang menarik, inovatif dan kreatif. Saya belum buat survey untuk dapatkan pecahan sebenar kumpulan guru A dan B. Mungkin ada kumpulan C yang saya tidak tahu. 😞 Namun pada firasat saya, mejoritinya berada dalam kumpulan B. Saya ajak NUTP dan rakan guru untuk kembali kepada alasan pertama kita