The What vs The Who

The What vs The Who
Me as a bos. 😄

"Pandai mana pun, belajar luar negeri pun, ada PhD sekali pun, kalau tak kenal siapa-siapa dan jika tak ada 'cable', awak tak akan ke mana juga"

Klise berkaitan "What vs Who"

Saya kenal ramai orang. Saya kenal YB Menteri Pendidikan, saya kenal YAB Perdana Menteri, saya kenal SPB YDP Agong dan ramai lagi. Tapi, sama ada mereka kenal saya atau tidak, itu persoalan kedua. 😉

Adakah saya menjadi bos sebab 'who' atau sebab 'what'? Atau sebab time base dan dah masuk zon?
Biarlah bukti yang berbicara.
Let the evidence speaks for itself.

Namun, dalam ilmu kepimpinan atau lebih spesifik ilmu sumber manusia, kadar permohonan seorang anak buah untuk pindah juga, mencerminkan kehebatan atau keburukan seseorang itu memimpin.

"There is no such thing as bad jobs. People don't leave bad jobs, they leave bad bosses"

Tak ramai membandingkan "What vs Who" dalam konteks ini.

Leadership is both science and art.
THE SCIENCE AND ART OF LEADING!

Dalam kerjaya saya sebagai seorang penjawat awam kerajaan, saya pernah lalui pelbagai gelagat ketua. Pelbagai arahan, nasihat, pantang dan larang yang saya pernah terima.

I had my fair share of good, great, charismatic, and inspiring bosses. But still, I did experience some not-so-good ones.

Saya ingat kata-kata seorang sahabat (2014) ,
"Ustaz! Saya tahu ustaz pernah lalui kesukaran dengan ketua ustaz sebelum ini. Satu hari nanti, ustaz akan jadi ketua juga. Janganlah letak anak buah ustaz dalam kesukaran dan tekanan yang sama sepertimana ustaz pernah ditekan sebelum ini"

Moga Allah terus bantu dan bimbing saya agar tidak terbabas dan tidak tersasar daripada menjadi insan yang sentiasa bermuhasabah diri, sentiasa berusaha untuk cemerlang, sentiasa berusaha untuk terus relevan, bermanfaat untuk diri dan bermanfaat untuk semua yang ada di sekeliling.
#whatvswho
#wegetwhatwegive
#fastbyself #farwithteam
#humanresourse
#organizationalbehavior
#bermanfaatuntukdiri
#bermanfaatuntuksemua

#mayAllahease

Comments

Popular posts from this blog

يأكل الحقد والحسد القلب كما يأكل النار الحطب

Doa Perpisahan

Zumaran Zumara (زمرا زمرا)