NUTP dan Tekanan Guru!

NUTP dan terbebannya guru.
JPN dan PPD dikambing hitam?
UPSR dah tak ada.
PT3 ditangguh lagi.

Khabarnya termuncul sudah dua kelompok guru.

Kumpulan A yang buat-buat lega, pilih untuk goyang kaki, que sera sera, apa nak jadi, jadilah.

Ada pula kumpulan B. Guru yang terlonjak-lonjak suka apabila autonomi guru diiktiraf. Suka dengan fleksibiliti dan kepercayaan yang diberikan agar dapat diserlahkan kreativiti. Guru dapat serlahkan kemahiran menggunakan aplikasi web 2.0. Guru dapat praktikkan student-centered learning, community-centered learning dan macam-macam lagi. Kumpulan ini suka dapat design kurikulum sendiri (tapi masih dalam skop KPM la)... Suka dapat aplikasikan pelbagai jenis pentaksiran yang menarik, inovatif dan kreatif.

Saya belum buat survey untuk dapatkan pecahan sebenar kumpulan guru A dan B. Mungkin ada kumpulan C yang saya tidak tahu. 😞

Namun pada firasat saya, mejoritinya berada dalam kumpulan B.

Saya ajak NUTP dan rakan guru untuk kembali kepada alasan pertama kita menjadi guru. Bukankan kita mahu anak-anak kita seimbang JERI? Bukankan kita mahu setiap anak murid dilayan seperti anak sendiri? Zalimkah kita apabila menafikan hak anak-anak kita.

Kumpulan A yang que sera sera tu, mungkin belum ada anak. Mungkin anaknya belum sampai ke tahun enam. Mungkin tahun ini berpandangan que sera sera akan berubah persepsi ketika anaknya sampai ke tahun enam? Hanya Allah yang tahu.

Bulatkan tekad, betulkan niat, jajarkan kaedah.

#09Educators
#gohardorgohome

#mogaAllahberkati
#mayAllahease
#kitajagakita

Comments

Popular posts from this blog

يأكل الحقد والحسد القلب كما يأكل النار الحطب

Doa Perpisahan