[24032021] Celakakah mereka yang bersolat?


Jika sabahagian yang kita ambil, mungkin itulah yang kita percaya (Al-Mauun: 4-5). Baca maklumat dengan sempurna. Jika tidak sempurna maklumat yang kita ada, maka janganlah kita membuat andaian buruk kerana sesungguhnya sebahagian andaian itu adalah dosa (Alhujurat: 12)


Demikian ini adalah intipati ucapan yang diberikan kepada pentadbir dan guru yang hadir

Tarikh: 24.03.2021 (Selasa)

Tempat: Ruang Serbaguna SMK Mata Ayer

Masa: 4.30 - 5.00 petang

Turut hadir

  1. Sebahagian guru SK Chuping

  2. Pengetua Zahari

  3. GB Hasnudin

  4. SPS

  5. SIP


[PUNCA KUASA]


1. Atas faktor-faktor keselamatan, kita akan suraikan SK Chuping ke SMK Mata Ayer.

 1.1. Laporan daripada Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Mineral dan Geosains (http://bit.ly/jmg22022021).

 1.2. Arahan daripada Kerajaan Negeri dan Pemimpin Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (http://bit.ly/krono26032021).


[12 BILIK DARJAH]


2. Penghargaan kepada semua yang terlibat.

 2.1. Terima kasih kepada Guru Besar yang fikirkan dan berkeras supaya kita gerakkan semua 12 bilik darjah dan 3 bilik Prasekolah.

 2.2. Terima kasih kepada Pengetua SMK Mata Ayer yang fikirkan 12 bilik darjah kepada kita hingga murid tingkatan 5 SMK Mata Ayer berkorban dan akan ikuti PdP di perpustakaan.


3. Terima kasih kepada rakan-rakan di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis yang membantu membuat perancangan yang rapi (https://sites.google.com/view/skchuping/home).


4. Implikasi sekiranya 12 bilik darjah sedia ada, tetapi kita gerakkan 6 sahaja.

 4.1. Implikasi kepada waren perjawatan kerana jumlah guru ditentukan oleh bilangan bilik darjah.

  4.1.1. Sekiranya berlaku pengurangan 12 BD kepada 6, sebahagian guru dan AKP terpaksa digerakkan ke sekolah-sekolah lain di negeri Perlis.

  4.1.2. Sekiranya sekolah-sekolah lain di Perlis sudah penuh, cikgu-cikgu akan diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di KPM dan cikgu2 akan dipindahkan ke negeri2 lain yang ada kekosongan. Mungkin ke Sabah dan Sarawak.

 4.2. Implikasi permohonan sekolah baharu dengan 12 bilik darjah. Bagaimana kita hendak buat justifikasi jika sebenarnya kita perlukan hanya enam bilik darjah?


[JADUAL WAKTU DAN GUNA SAMA FASILITI]


5. Selepas ini, Penolong Kanan SK Chuping dan SMK Mata Ayer akan berbincang

 5.1. Jadual waktu

  5.1.1. PJK dan guna padang

  5.1.2. Surau/tasmik

  5.1.3. Makmal

  5.1.4. Makmal komputer sehingga satu lokasi yang lebih baik dapat ditentukan.

 5.2. KAFA /Kokurikulum dan kelas tambahan

 5.3. Perpustakaan

 5.4. Lain2 lagi termasuk pengurusan HEM dan Kokurikulum.


[MINDSET]


6. Kita bersama2. Jangan lagi fikir cara tradisional. Jangan fikir saya dan awak. Jangan fikir Sekolah Menengah dan Rendah. Jangan fikir Jabatan dan Sekolah. we are in this togather


7. Mindset bilik darjah dan kelas.

 7.1. Bilik Darjah ada fizikal. Itu bidang kuasa SIP untuk sediakan.

 7.2. Kelas pula atas kreativiti kita. Boleh berlaku di mana2 sesuai dengan dasar sedia ada.

 7.3. Cikgu2 boleh kreatif untuk laksanakan kelas pemulihan contohnya di ruang2 lain yang dibenarkan selain bilik darjah.


[TEMPOH]


8. Proses Pembinaan Sekolah Baharu akan mengambil masa lebih kurang 7 ke 9 tahun.


9. Paling cepat proses daripada pengambilan tanah sampai boleh diduki adalah 5 tahun. Namun cikgu2 perlu bersedia dengan 7 ke 9.


10. Murid tahun 1 di SK Chuping pada tahun ini, mungkin akan ambil Peperiksaan SPM di SMK Mata Ayer.


11. Maka, sekali lagi saya nyatakan ini adalah sekolah anak-anak kita dan bukan sekadar sekolah rendah atau menengah. Ini sekolah anak2 kita dan bukan sekolah saya dan awak


AHMAD SABRI BIN MOHAMAD

23032021






Comments

Popular posts from this blog

يأكل الحقد والحسد القلب كما يأكل النار الحطب

Doa Perpisahan

Life Journey?