Catatan YDP PIBG [05112020]

[05112020]

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,

1. Segala puji bagi Allah SWT yang melindungi Negeri Perlis dan kita berada dalam zon hijau. Sama2 doa agar kita kekal hijau agar operasi sekolah dan anak2 kita dapat terus mengikuti PdP secara berkesan.

2. Terima kasih kepada rakan ibu bapa yang bertanya. Saya sekarang berada bersama Tn Pengetua dan Penolong Kanan 1.

3. Kami faham kegusaran dan kerisauan rakan ibu bapa waris. Sama juga kegusaran dan kerisauan guru yang mengajar. Apatah lagi kegusaran dan kerisauan anak2 kita yang bakal menduduki SPM. 

4. Saya ajak agar kita tidak memberikan beban tambahan kepada ibu bapa, guru dan yang penting sekali anak2 kita.

5. Sebagai cadangan penyelesaian saya jemput rakan ibu bapa waris untuk hadir dan berbincang secara berfokus di sekolah. Boleh hubungi saya dan sama2 kita ke sekolah.

6. Sukatan pelajaran boleh dimuat turun daripada lama sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (http://bpk.moe.gov.my/)

7. Laporan prestasi anak2 boleh diakses melalui saps mulai minggu hadapan (https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php). Pengisian peringkat sekolah pada Jumaat ini dan finalise di JPN pada hari Isnin.

8. Saya beri kepercayaan penuh kepada sekolah dan guru yang merupakan ahli dalam bidang. Mereka adalah Pakar Kandungan, Pakar Pedagogi, Pakar Pentaksiran/Penilaian serta Pakar Penambahbaikan.

9. Bagi pihak ibu bapa, sama2lah kita bantu anak2 sekadar mampu.

#kekalkanPerlishijau
#staysafe
#kitajagakita
#mayAllahease

AHMAD SABRI
YDP PIBG.

Comments