When the going gets tough...


Isu dan Masalah

Cara terbaik serta paling benar untuk menangani isu dan masalah adalah dengan BERHADAPAN dengannya.

Jika kita lari, berpaling atau cuba sembunyi dan cuba abaikan isu serta masalah ini, pasti ia akan mengejar, menyapa kita dari belakang lantas menghentam kita di muka!

Tidak dinafikan bahawa isu serta masalah adalah sesuatu yang diperlu dalam hidup kita. Itulah penanda aras bagi tahap kemampuan kita mendapatkan penyelesaian. Itulah bukti bahawa kita manusia dan bukan malaikat.

1. Kenalpasti dan akui masalah (hidup dalam penafian adalah tidak sihat)
2. Kenalpasti punca (the what, when, who and why)
3. Atur strategi (the hows, the when)
4. Laksanakan.

5. Jika isu itu sesama manusia, paling susah pun, tolonglah 'agree to disagree', hormat satu sama lain dan terus maju ke hadapan. Be a good loser or winner. Pemulauan, penyebaran fitnah dan khabar angin hanyalah akan membuka pekung di dada, mendedahkan aib, memutus silaturrahim dan paling pasti merosakkan diri sendiri.

6. Jika isu itu sesama barang tak bernyawa, proses, birokrasi dan lain2 maka gunakan kaedah yang sama.

Strategise
Energise
Synergise

Wallahu a'lam

Sydney
12042013

Comments