بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. اَللَّهُمَّ يَا رَحْمـنُ يَا رَحِيْمُ Sempena majlis perpisahan persaraan Pn Saripa binti Aton yang kami raikan pada saat ini kami menadah tangan memohon kehadrat-Mu ya Allah agar mereka diberkati, dikurniakan rahmat, berkat dan nikmat yang berpanjangan , sihat walafiat yang berkekalan serta kelapangan, kemudahan dan kelancaran dalam apa jua bidang yang bakal beliau ceburi. اَللَّهُمَّ يَا قَهَّارُ Kami berdoa ke hadrat-Mu ya Allah agar beliau dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk meneruskan kerja mereka dalam suasana berbeza serta dapat menjalankan tugas-tugas mereka dengan jayanya. اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبُ Jadikanlah kami yang masih dalam perkhidmatan ini agar dapat meneruskan tugas-tugas dengan cemerlang dan berkualiti demi memajukan masyarakat dan negara serta dipelihara dalam pemuliharaan