Saturday, 22 February 2014

Ghairah Kongsi Berita

#authenticate
#authenticateauthenticateauthenticate
#ketulenansumber
#berhatihati

1.
Alhamdulillah, dalam keghairahan kita berkongsi berita baik dan buruk, baru dan lapuk, kadang-kadang kita terlupa asas-asas atau dasar-dasar ketulenan serta logis berita yang dikongsi.

Mungkin sesetengan perkongsian itu kita anggap tidak mencederakan sesiapa. Mungkin juga kita menganggap berita yang diterima adalah jenaka dan ghairah juga kita kongsikannya.

2.
Berkongsi adalah baik. Terutama berita gembira. Ad-Duha(93) :11

3.
Berkongsi secara membuta tuli tanpa mengesahkan sumber kadang-kadang akan menganiayai seseorang individu atau sesuatu pihak.
Ingatkah kita fitnah penggunaan usus khinzir oleh beberapa syarikat pemproses burger dan sosej?
Ingatkah kita fitnah penggunaan lemak khinzir oleh beberapa syarikat pembuat roti?
Elakkan daripada menjadi ejen penyebar berita palsu!

JELAS INI ADALAH FITNAH!

4.
Berkongsi secara membuta tuli tanpa mengesahkan sumber kadang-kadang akan mencemarkan Imej Islam itu sendiri. Contohnya berita yabg dilaporkan iCNN berkaitan seorang gadis Syria yang direjam sehingga mati semata-mata kerana membuka akaun Facebook!
https://www.google.com/search?ie=UTF-8&client=ms-android-optus-au&source=android-browser&q=cnn+syrian+girl+stoned
http://www.theblaze.com/stories/2014/02/18/theres-something-you-should-know-about-the-photos-of-a-young-syrian-girl-stoned-to-death-on-cnns-ireport-site/

JELAS BERITA INI PALSU!

5.
Berkongsi secara membuta tuli tanpa mengesahkan sumber kadang-kadang akan merosakkan AQIDAH kita sebagai Muslim!
Contoh pemalsuan yang menggunakan dialog Tuhan (na'uzubillah)

"Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?”

Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.

ALLAH SWT TIDAK PERNAH BERDIALOG DENGAN MANUSIA!
Kecuali dengan Para Rasul yang terpilih.

JELAS INI MEROSAKKAN AQIDAH!

6.
MAKA

Teruskan perkongsian pintar. Cuma sahkan dahulu ketulenan serta logisnya maklumat yang dikongsi.

Wallahu a'lam

No comments: