Tuesday, 4 June 2013

Ledakan Maklumat. Ilmu vs Maklumat. Mengguna ilmu menilai maklumat.

Terngiang2 di telinga kenyataan sahabat panel forum Isra' dan Mi'raj baru2 ini Dr Radzi Jidin berkaitan lambakan maklumat.

Diskriminasi antara 'ilmu' dan 'maklumat'. Mengguna ilmu untuk menilai maklumat.

"Dulu maklumat disebar melalui surat, surat berantai untuk satu kampung. Kemudian burung sampaikan maklumat ke kampung seberang. Kemudian tercipta 'one way' sebaran maklumat 'tv dan radio', kemudian komunikasi telefon dan sms, kini maklumat tersebar luas dengan fb dan twitter"

Bukan setakat ilmu bermanfaat serta kemahiran positif yang dikongsi, malah fitnah dan pendedahan aib juga terlalu mudah dan berleluasa.

Teringat pula saya satu ketika dahulu di zaman sms hebat berpindah handfon. Era 'surat berantai' moden pada waktu itu. Sebaik terima sahaja sms, terus diforwardkan kepada rakan. Berlumba-lumba memanjangkan berita khuatirkan didahului rakan yang lain.

Teringat saya fitnah terhadap Ramly Burger yang dikatakan menggunakan usus babi untuk buat sosejmya. Teringat juga fitnah terhadap roti Gardenia dan Hi-5 yang kononnya menggunakan lemak babi dalam ramuannya. Teringat juga nama PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) yang dijual dengan murahnya ketika fitnah dilontar. JAKIM pemberi sijil halal dipersoal serta dipersenda.

Banyak saya terima sms sebegini pada waktu itu. Nak forward sangat2 dah, namun Allah Taala menjaga jemari saya dan mengingatkan kembali kepada surah al-Hujurat ayat 6: http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=51&ID=1743
Lantas saya kembalikan berita kepada pemberi. Saya arahkan pemberi untuk kembalikan 'mesej berantai' ini kepada pemberi asal dengan bertanyakan bukti serta saksi terhadap pernyataan mereka. Mana punca pemula fitnah? Siapa punca pembawa berita? Apa bukti serta bagaimana pertuduhan, pensabitan dan penjatuhan hukum dibuat?

Di sinilah peranan ilmu.

Always two sides of the coin.

Authenticate! Authenticate! Authenticate!

Adakah kita berperanan sebagai pemutus fitnah serta penutup aib saudara semuslim atau kita menjadi boneka kepada percaturan serta perancangan licik segelintir puak yang beragenda untuk kepentingan diri sendiri.

Kalau tak tahu, tanya!
Kalau nampak kemungkaran, ubahlah dengan tangan, lidah atau hati!
Kalau dah usaha, doalah dan bertawakkal!
Kalau tersalah langkah, mohon ampun, janji takkan ulang serta taubatlah!

Kalau dah terima, bersyukur!
Kalau tiada perkataan baik nak diucap, maka diamlah!
Kalau tetima berita baik, maka sebarkan! (http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=46&ID=2523)

Wallahu a'lam

No comments: