Thursday, 9 August 2012

Zakat Fitrah 1433H

Assalamualaikum,

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Mohon rujuk link berikut:
2.1. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penentuan-harga-zakat-fitrah-seluruh-malaysia
2.2. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-mengagihkan-zakat-secara-persendirian-dan-qada-zakat
2.3. http://www.e-mosque.com.my/ibadatfardhu/zakat_fitrah.html
2.4. "Diriwayatkan dari Sayyidina Abdullah bin Umar, Sesungguhnya Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah bulan Ramadhan berupa satu sho’ kurma atau satu sho’ gandum atas setiap orang muslim, merdeka atau budak, laki2 maupun perempuan" (Muslim)

3. Ditekankan bahawa zakat fitrah adalah diwajibkan ke atas setiap individu Muslim yang cukup syaratnya. (rujuk 2.3.)

4. Kadar Zakat Fitrah menurut hadis pada 2.4. adalah mengikut kadar so' tamar atau gandum. Satu so' (gantang Baghdad) bersamaan 2.75kg makanan asasi di lokaliti pembayar.
Kadar Zakat Fitrah yang ditetapkan authority di Australia adalah AUD10 seorang.

5. Pembayaran zakat fitrah ini boleh dibuat di mana-mana pusat pungutan zakat sama ada
5.1. di Malaysia secara online atau
5.2. di Australia melalui amil2 di masjid tempatan atau
5.3. dengan meminta bantuan keluarga di Malaysia untuk bayar atau
5.4. terus dibuat kepada asnaf yang layak di Australia. Rujuk 2.2. dan 2.3. atau
5.5. melalui amil yang dilantik Jawatankuasa TAZ di SA dan WA

6. Dalam memilih sebarang kaedah atau cara bayaran, pastikan bahawa kadar zakat fitrah bagi mereka yang hidup dan tinggal di Australia hendaklah mengikut kadar AUD10.00

7. Ingatlah bahawa zakat adalah pembersihan terhadap harta serta nikmat yang diterima. Kegagalan membayar zakat fitrah mengikut kadar, syarat dan prosedur yang sebenar adalah berdosa.

8. Selamat menjalani ibadah puasa, ibadah zakat serta Selamat Menyambut Aidil Fitri.

Wassalam,

Yours sincerely,
Ahmad Sabri MOHAMAD
Atase Agama EMAS

tambahan
http://mufti.perlis.gov.my/soal-jawab/169-hukum-melafaz-niat-ketika-membayar-zakat

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya baru bayar zakat fitrah ke TAZ account, tapi x dpt nak masukkan email address kat description as requested?