Tuesday, 14 August 2012

Perjumpaan Bersama Grand Mufti Of Australia

Perjumpaan Bersama Grand Mufti Of Australia

Pengenalan dan Pengiktirafan
http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=49&ID=220
Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk memperkukuhkan keyakinan, menghapuskan kekeliruan serta mendapatkan ketenangan berpandukan dalil dan penjelasan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Consulat of Malaysia, Sydney (Education Malaysia Australia) mengiktiraf pejabat Grand Mufti of Australia sebagai authority utama untuk penyelesaian perbezaan pendapat dan pertelingkatan di kalangan pelajar dan masyarakat Malaysia di Australia.

Kekeliruan
Kekeliruan timbul apabila beberapa pendapat daripada pihak yang tidak berauthority dikeluarkan contohnya berkaitan pertelingkahan penentuan awal ramadan/syawal serta kedudukan halal sembelihan ahli kitab.

Kekeliruan juga timbul apabila berlaku perbezaan fatwa dan pendapat contohnya fatwa JAKIM berkaitan solat Jumaat (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/sembahyang-jumaat-pelajar-malaysia-di-luar-negeri)

Perjumpaan
Alhamdulillah, perjumpaan rasmi seperti di atas telah diadakan seperti berikut:
Tarikh: 11 Ogos 2012 (Sabtu)
Masa: 4.00pm hingga 11.30pm
Tempat: Pejabat Mufti Australia, Fairfield, NSW
Kehadiran:
 1. Dr Ibrahim Abu Muhammad - Grand Mufti
 2. Syaikh Shady Alsuleiman - Setiausaha Council Of Imam's NSW
 3. En Imran Kamali Ahmad Nadzirin - PPL JPA
 4. Dr Radzi Jidin - Pensyarah NSW / Wakil PR
 5. Ustaz Ahmad Sabri Mohamad - Education Attache, EMA

Isu yang dibangkitkan
 1. Solat Jumaat.
 2. Zakat Fitrah / Urusan Zakat
 3. Sembelihan Ahli Kitab
 4. Penentuan Awal Bulan Qamariah (Terutama Ramadan dan Syawal)

Solat Jumaat
Isu ini dibahagikan kepada
1. Bolehkan solat Jumaat di 2 tempat dalam 1 Mukim
2. Bolehkan solat Jumaat 2 kali pada tempat yang sama
3. Apakah definisi jamaah (Adakah 40 pemastautin itu wajib)

Penerangan:
Isu 1. Tempat / Pembahagian Mukim
1. Penetapan tempat solat Jumaat adalah hak pemerintah negara Islam. Jika di Malaysia DYMM SPB YDP Agong serta DYMM Sultan atau Raja setiap negeri yang menjadi ketua Agama Islam adalah berhak menetapkan tempat solat.
2. Berbeza di Australia, tidak ada pemerintah yang menetapkan 1 atau 2 tempat yang khusus untuk solat Jumaat dalam satu-satu mukim.
3. Maka dengan itu, timbullah penetapan tempat solat mengikut kepelbagaian komuniti Islam yang berada di Australia. Timbullah masjid Melayu, masjid Pakistan, masjid UNSW dan pengiktirafan Malaysia Hall Sydney sebagai tempat Solat Jumaat oleh SS Datuk Noh Gadut.
4. Keputusannya, Mukim dan Tempat solat di Australia ditentukan oleh komuniti. Dipersetujui oleh SS Grand Mufti.

Isu 2. Tempat yang sama solat 2 kali.
1. Dalam beberapa universiti di Australia yang tidak prihatin terhadap komuniti Muslim dan tidak memberikan tempat khusus untuk solat, ada banyak universiti, kolej serta tempat kerja yang memyediakan tempat khusus untuk solat. Namun tempat yang disediakan tidak cukup luas. Tambahan pula isu jadual kelas/kuliah yang tidak sama. Contohnya apa yang berlaku di Macquarie University NSW.
2. Hari Jumaat adalah hari bekerja. Tidak seperti Malaysia yang mana majikan perlu berikan masa rehat yang sesuai untuk solat Jumaat, Muslimin di Australia perlu menggunakan masa makan tengahari untuk curi masa untuk solat. Contohnya pemandu Sydneybuses dan Pekerja Caltex dan Shell berdekatan Malaysia Hall yang menjadi makmum tetap Solat Jumaat.
3. Keputusannya, solat Jumaat yang dibuat 2 kali dalam satu mukim adalah sah dan dikira sebagai solat Jumaat. Dipersetujui oleh SS Grand Mufti.

Isu 3. Jemaah 40 orang.
1. Menurut Syeikh Shadi dan dipersetujui SS Grand Mufti, definisi Jemaah adalah 3 orang.
2. Mohon rujuk penerangan (http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bhg45.htm)
3. Keputusannya, jumlah minimum makmum adalah 3 orang. Solat Jumaat adalah sah.



Zakat Fitrah
Isu kutipan.
Isu agihan.

Penerangan
Isu 1. Kutipan.
1. Pungutan zakat di Australia dibuat mengikut komuniti dan persatuan-persatuan yang mengambil inisiatif membantu kutipan.
2. Tujuan mengeluarkan zakat adalah untuk membersihkan harta kita terima daripada hak orang lain. tazkiah dan tathir.

Isu 2. Agihan
1. Menurut Syaikh Shadi, Council of Imams NSW juga ada memungut dan seperti persatuan Islam yang lain,  tidak diagihkan di Australia. Ini kerana Australia adalah negara Berpendapatan Tinggi  dan  Berkebajikan (High Income dan High Welfare Country). Hasil pungutan Council of Imams akan diagihkan kepada negara Islam dunia ketiga atau untuk menaja Pelajar Muslim Australia melanjutkan pengajian agama di Timur Tengah.
2. Kutipan yang dibuat oleh Education Malaysia Australia pada tahun-tahun sebelum ini diagihkan kepada pelajar Malaysia di Australia yang berhadapan dengan musibah. Permohonan dihantar dan keputusan dibuat oleh Ahli Lembaga Eksekutif TAZ sama ada boleh dibayar atau tidak.
3. Sekiranya, Zakat Fitrah berbaki pada akaun, Ahli Lembaga Eksekutif TAZ akan gunakan konsep 'ikan dan joran' / 'if you give a man a fish, he will eat fish for one day, if you teach him how to fish he'll eat fish everyday'. Pada memikirkan kemaslahatan dan manfaat semua, EMA pernah datangkan UFB ke Sydney dan Al-Hafiz Azam. Mereka ini adalah joran dan manfaatnya (penerima zakat) adalah pelajar (ibnu sabil)

Keputusan
Education Malaysia Australia meneruskan Tabung Amanah Zakat EMA namun tidak diwajibkan sesiapa memilih TAZ EMA sebagai tempat bayaran. Mohon rujuk (http://www.ahmadsabri.org/2012/08/tabung-amanah-zakat-1433h-pembayaran.html)

Wallahu A'lam

No comments: