Thursday, 14 June 2012

Bulan oh Bulan! Anak Bulan oh Anak Bulan!

Perkara Asas dan Furuk Berkaitan Agama Yang Tidak Dibincangkan Di Malaysia Namun DiisuBESARkan Di Luar

1.
Sering diperdengarkan dan diSENARAIkan kepada kita dengan perkara2 yang mudah kita sedar. Yang mudah kita PERCAYA dan yang tidak perlu kepada banyak perbahasan dan pembuktian. Contohnya 'Bank Islam', 'Tabung Haji', 'Mahkamah Syariah' dan pelbagai lagi.

Kadang2, apabila DISENARAIKAN berkali2 kepada kita, kita ambil perkara2 ini 'for granted', kita ambil mudah dan ada sebahagian pula yang labelkan penyenaraian ini sebagai perkara lapuk! "Tak payah sebutlah, kami pun dah tahu!"

Aduh!

2.
PERBINCANGAN YANG MEMBAWA PERPECAHAN

Soal penentuan Awal Ramadan, Awal Syawal, Aidil Adha, Awal Muharram dan sebagainya!
Ini adalah perkara asas di dalam Islam!
Penentu kepada ibadah!
Penentu kepada Kalendar!

Di Malaysia, kita tidak bincangkan perkara ini secara individu! Tidak semua orang membuka kitab sendiri, tidak siapa memperkecilkan individu atau pihak yang lain, tiada siapa yang agung2 satu GURU berbanding GURU yang lain, SEKOLAH berbanding SEKOLAH yang lain!
-Rujuk semula Al-Hujraat ayat 11-

Di Malaysia, kita yakin kepada PEMERINTAH!

Di Arab Saudi (penentu Hari Arafah), kita tidak persoal dan tidak ada individu yang wukuf mengikut perkiraannya tersendiri!

Di Arab Saudi, kita yakin kepada PEMERINTAH!

Di Australia, 'SEMANGAT' kita telah merobek2 perpaduan serta mendedahkan pekung di dada.

Semua ada hujah masing2. Semua nak menunjukkan dia benar.
Tiada salah pada pencarian kebenaran.
Tiada salah pada penghujahan dan muzakarah.

NAMUN
Salah timbul apabila memperkecilkan satu pihak lain.
Salah timbul apabila KITA TOLONG FIKIR untuk pihak lain tanpa fikirkan kesannya kepada jumhur. Kepada ramai.

CADANGAN PENYELESAIAN
1. Alihkan garisan Tarikh Antarabangsa 'International Date Line' dari 180'T kepada 40'T. Daripada permulaan tarikh yang terletak di tengah2 Lautan Pasifik ke satu garisan berdekatan Mekkah. Sehingga diiktiraf semula pemerintahan Khilafah Islamiyah, kita serahkan kepada kumpulan ulama' di Arab Saudi untuk tentukan permulaan kalendar Islam.
2. Sementara menunggu garisan ini diiktiraf, kita yakinlah dan ikut pada Authority. Di Australia, yakinlah pada EM, Konsulat dan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
3. Sementara menunggu garisan ini diiktiraf, jika tidak yakin pada authority, beramallah mengikut individu dan xperlulah perkecilkan pihak yang lain.

Semua Ada Hujah dan Bukti masing2. Perkiraan Hisab dan Rukyah masing2!

3.
Fasaluu Ahliz Zikri In Kuntum La Taqlamun
'Tanyalah ahli (yang lebih mengetahui) jika kamu tidak mengetahui'

Teringat pula kepada kes di Malaysia satu masa dahulu, ketika Perak berpuasa lain daripada negeri2 lain Persekutuan.

SBP YDP Agong dan Majlis Raja-Raja ambil tindakan menyerahkan pengumuman ini kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Yakin Pada Pemerintah!
Kikiskan Perpecahan!
Usahlah Mendedahkan Pekung Yang Tak Enak Dipandang Yang Jelik Dihebohkan!
Usahlah Perpayahkan Yang Mudah!
Berlumba-Lumbalah Mengejar Kebaikan!
Beribadahlah Dengan Yakin Dan Tenang!
Meriahkanlah Perayaan!

4.
Agak2 kalau satu kampung yang berjiran memohon hujan daripada Allah SWT dan kampung jiran memohon panas. Siapalah yang Allah Taala akan makbulkan?

Jawapannya,
1. Solat Istisqa ada, Solat Syams ada x?
2. Serahlah kepada Allah Azza wa Jall! Kita bukan tengok perlawanan bola sepak siapa menang. Hak Mutlak ini Milik Allah!
3. Akan gila kita apabila memikirkan perkara2 ghaib.

والله اعلم

2 comments:

muhammad said...

Keadaan di malaysia dan di australia tidak sama ustaz
Malaysia majoriti Islam, ada majlis raja-raja, ada JAKIM
Australia tidak ada satu badan yang khusus kerana setiap daripada mereka ada hujah masing-masing
Kalau kita pergi al-ghazzali academy, IDCA, ahli sunnah waljama'ah, LMA, semua adajustifikasi sendiri.
Maka, dalam isu ini pada saya mudah sahaja, kita belajar dengan dalam bagaimana penentuan anak bulan ni dalam Islam. Andai Allah sendiri sudah menetapkan kaedah hilal itu sebagai yang utama, maka kenapa KITA di australia tidak mahu mengikut pandangan ulama' di Australia yang mahu mengikut kaedah hilal. Ini penting kerana MSD menjadi rujukan rakyat malaysia. Jika rakyat malaysia bertanya, mana satu kaedah yang MSD ikut maka MSD perlu memberikan jawapan yang ilmiah dan meyakinkan. Bukan hanya sekadar "Kamu kena yakin dengan pemerintah" sahaja. Kerana untuk yakin perlu kepada i'lmu. Oleh itu, saya sendiri melihat bahawa isu di Australia adalah satu isu yang memberi peluang untuk kita belajar. Malah saya sendiri pun setiap kali hari raya dan puasa, saya tidak akan ikut MSD kerana bila saya tanya MSD, jawapan yang diberi tidak meyakinkan. Hal ini kerana saya telah mengikuti kelas-kelas pengajian menentukan puasa menggunakan hilal dan banyak sebenarnya organisasi di Australia yang berbuat demikian. Mungkin, MSD boleh anjurkan kursus moon sighting supaya banyak manfaat boleh kita dapat. Imam Afroz Ali pernah berpesan, there is no unity in error. Maka untuk bersatu, asasnya perlu kepada kefahaman. InsyaAllah saya yakin, rakyat Malaysia bijak-bijak semuanya dalam menilai

Wallahua'lam

ahmad sabri said...

Alhamdulillah tuan,

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya juga hornat serta akui hak tuan mendalami ilmu tertentu. Jika saya salah, maka tunjukkan kebenaran. Ilmu untuk dimakmurkan bukan untuk diriakkan dan bukan untuk dijadikan alat perpecahan serta memperkecil orang lain.

3. EM sentiasa boleh memberikan tuan ruang dan peluang untuk kongsi kepakaran tuan dalam menentukan Ramadan dan Syawal pada tahun ini. Kongsikan kaedah tuan! Malah bukan sekadar Ramadan dan Syawal, bulan Muharram, Safar, RAw, RAk, JAw, JAk, Rejab, Syaaban, Zulkaedah dan Zulhijjah pun saya boleh berikan. Janganlan ikut atau tak ikut EM untuk Ramadan dan Syawal sahaja.

4. Di Australia ada mufti. Saya minta saudara bawakan ilmu dan kepakaran tuan kepada Mufti Australia. Mohon supaya dia satukan semua sekolah, masjid, Konsulat dan lain-lain pertubuhan di Australia agar tidak berlaku perpecahan lagi.

5. Saya iktiraf ilmu tuan. Perluaskan kaedah tuan kepada kerjaan Arab Saudi yang akan tentukan hari Arafah pada Zulhijjah nanti.

Jangan berhenti pada Ramadan Syawal pada komuniti Malaysia sahaja. Ilmu tuan pada pendapat saya perlu dimakmurkan ke peringkat antarabangsa!

Wallahu a'lam.