Saturday, 12 May 2012

Bersih

Hampir semua kitab fekah membincangkan bersih (taharah) sebagai bab pertama masing2.

Ini menunjukkan bahawa kebersihan, keimanan malah Islam agama suci ini amat pentingkan taharah sebelum memulakan ibadah lain.

Pernah saya ditanya: "Ustaz! Bolehkan kita solat di atas rumput? Kotor rumput dan kotor tanah!"

Saya jawab: "Di mana kotornya? Apa indikator yang kita guna untuk tunjukkan tanah itu kotor? Manusia dibuat daripada tanah. Kita dari tanah dan kepada tanah kita akan dikembalikan. Malah nak bersihkan najis mughalazah pun kita gunakan air tanah! Tanahlah elemen Allah yang suci dan bersih. Suci lagi menyucikan. Bersih lagi membersihkan. Tanahlah ciptaab Allah yang tidak pernah tua, tidak pernah reput, tidak pernah buruk."

Marilah kita kembali kepada asas kebersihan. Jika kita belajar Pendidikan Islam di Malaysia, sudah jelas kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjelaskan perkara ini.

Ahlus Sunnah Wal Jamaah meletakkan bahawa semua bumi Allah ini bersih. Semua permukaannya bersih pada hukum asalnya. Ia akan jadi kotor jika ada BUKTI sebaliknya. Bukti ini mesti boleh diperjelas oleh pancaindera.

Mudah kata, semua bersih jika tiada najis. Jika permukaan ini tiada najis, maka bersihlah ia. Sahlah solat di atas rumput, tanah, pasir, lantai, permaidani atau sebagainya selagi tiada AIN najis.

AIN najis ini ada apabila kita boleh kesan kehadiran najis dengan pancaindera. Jika ada bau, warna dan rasa. Jika hidung kita menghidu bau najis, jika mata kita nampak najis dan jika lidah kita merasa najis, maka tidak sucilah tempat itu. Tak bolehlah kita solat di situ.

Mukhalafah daripada itu, jika 3 pancaindera tadi tidak dapat kesan sebarang najis, maka sucilah ia.

Kembali kita kepada perspektif lebih besar. Jika kita nak bersihkan sesuatu, apakah bukti kita yang menyatakan ianya kotor pada asalnya? Apa BUKTI? Where are the facts and figures? Bolehkan 5, 4, 3 atau kurang pancaindera kita mengesannya? Boleh sentuhkah kekotoran itu? Boleh rasakah dengan lidah? Boleh hidu dengan hidung, lihat dengan mata, dengar dengan telinga?

Jika ada, maka saya amat hormat serta saya sokong usaha menyamak dan menyucikan ini. Jika tiada, usahlah kita bazirkan masa. Usahlah kita laburkan masa dan tenaga kita semata-mata untuk menganaiyai golongan yang tidak berdosa.

والله اعلم

No comments: