Friday, 3 February 2012

مولد الرسول صلى الله عليه وسلم


قال الله تعالى:
لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله و يوم الآخر

و قال الرسول (ص):
إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق.

Sejarah Rabiul Awwal
·        Maksud : Musim Bunga
·        Kenapa Dinamakan: Pokok-pokok mula berbunga pada Rabiul Awal dan berakhir pada Rabiul Akhir.
·        Peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Rabiul Awal:
·        Kelahiran Rasululah saw: 12 Rabiul Awal Tahun Gajah (53 Tahun Sebelum Hijrah) bersamaan 20 April 571M (Isnin)
·        Ketibaan Rasulullah saw di Madinah 12 Rabiul Awal 1 H bersamaan 622M. Pinggiran / Sempadan kota Hirah…
·        Kewafatan: Rasululah saw 12 Rabiul Awal 11H bersamaan 7 Jun 632M(Isnin) selepas sakit selama 13 hari.
·        Perlantikan Saidina Abu Bakar ra pada bulan Rabiul Awal 11H

Keturunan Rasulullah saw
·        Sebelah bapa: Muhammad Bin Abdullah bin Abd Mutalib Bin Hasyim Bin Abd Manaf Bin Qusyai Bin Kilab Bin Murrah Bin hinggalah ke Nabi Ismail Bin Ibrahim (as)
·        Sebelah ibu: Aminah Binti Wahab Bin Abd Manaf Bin Zuhrah Bin Kilab Bin Murrah hinggalah ke Nabi Ismail Bin Ibrahim
·        Berketurunan Kuraisy: Nenek Baginda yang ke 11 bernama Nadr Bin Kinabah (Kuraisy)
·        Pemegang Tampuk Kepimpinan Makkah

Sejarah dan Kelahiran
·        Keadaan Makkah pada zamah jahiliah
·        Pusat ekonomi
·        Tersohor tempat ibadat haji (cara jahiliah)
·        Menerima kunjungan dari seluruh tanah Arab setiap musim haji
·        Dicemburui oleh Raja Yaman (Abrahah) yang cuba meruntuhkan kaabah pada tahun kelahiran Rasulullah saw lantas dikenali sebagai tahun gajah

·        Bapa: أنا ابن الذبيحين)), meninggal di Yathrib dalam perjalanan ke Syam sebelum kelahiran Baginda saw. Berketurunan mulia / bangsawan.

·        Ibu Berketurunan mulia.

Kelahiran / Mukjizat
·        Tarikh seperti di atas
·        Tanda-tanda kelahiran (Terpadam Api Majusi Di Parsi (Iran dan jajahannya), Cahaya terang menerangi istana Syria, Istana Kisra bergegar hingga runtuhnya 12 tiang.
·        Mu'bazan (ketua pendeta zoroster) bermimpi unta-unta kuat memimpin kuda-kuda arab menyeberangi sungai Djilah dan menyebar di sekitarnya.
·        Semasa kelahiran (Emak melahirkan Rasulullah saw dengan senang, Sedia terkhatan, Tali pusat sedia terpotong, Badannya bersih (nampak berminyak tanpa ada darah)
·        Sambutan kelahiran (Disambut gembira oleh semua keluarga dan penduduk Makkah, Abd Mutalib bawa Rasulullah mengelilingi Kaabah, Abu Jahal korbankan 100 ekor unta)

Zaman Kanak-kanak / Remaja
Zaman kanak-kanak
·        Yatim piatu
·        Halimatus Saadiah (Ibu susu Baginda saw, Baginda saw dihantar ke kampung kerana ketenangan suasana di sana, Ditakdirkan ibu Baginda saw kekeringan susu kerana terlalu terkenangkan kandungannya)
·        Remaja (Tertonjol sifat-sifat kemuliaan. Terkenal dengan al-Amin, Gembala kambing, Berniaga, Gaul masyarakat, Sama-sama berperang pertahan Makkah (Perang Al-Fijr), Mendirikan Kaabah yang runtuh akibat banjir, Selesaikan pertikaian letak hajrulaswad ke tempatnya, Mendapat kepercayaan dalam masyarakat)
Fizikal (Dadanya bidang, Kulitnya kemerah-merahan, Perutnya tidak buncit. Makan selepas lapar, berhenti sebelum kenyang, Ubannya 20 helai sahaja)

Perkahwinan Rasulullah saw dengan Khadijah al-Khuwailid
Khadijah
·        Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abd Uzza bin Qusyair
·        Hartawan / Peniaga yang tersohor. Rasulullah membawa barang perniagaan ke Syam.
·        Wanita pertama memluk Islam
·        Tulang belakang kepada perjuangan Rasulullah saw di peringkat awal.
·        Mengorbankan segala kekayaannya untuk dakwah menegakkan Islam.
·        Melahirkan 6 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Rasululah saw (Qasim, Abdullah, Ruqaiyyah, Fatimah, Umu Kalthom, Zainab)

Perkahwinan
·        Rasulullah saw dilamar oleh Khadijah stelah mengenali keperibadian baginda melalui pembantunya Maisarah.
·        Wanita pertama dinikahi Rasulullah saw ketika umur Rasulullah saw 25 tahun dan umur Khadijah 40 tahun

Kenabian
·        Uzlah / Khalwat (Di Gua Hira', Tujuan- i. Menjauhkan diri daripada keburukan akhlak masyarakat Arab, ii. Bersendirian)
·        Wahyu pertama (Berlaku ketika beruzlah di Gua Hira', Wahyu pertama: Surah al-Alaq ayat 1 – 5, Umur Baginda 40 tahun, Rasmilah perlantikan Baginda saw sebagai utusan Allah swt)

Dakwah

Dakwah secara sulit
·        Tujuan: Mengelak tentangan daripada kafir Kuraisy.
·        Tempoh: 3 Tahun.
·        Sasaran: Orang yang hampir dengan Baginda saw
·        Tempat: Baitul Arqam

Dakwah secara terang-terangan

Makkah
·        Ayat memfardukan dakwah secara terang-terangan: (al-Hijr Ayat 94)
·        Tujuan: Menzahirkan Akidah Islam kepada semua
·        Tempoh: 10 Tahun
·        Sasaran: Semua Penduduk Makkah/Semua manusia
·        Kesan: Mendapat tentangan daripada kafir Kuraisy
·        Fokus: Pembinaan Akidah

Madinah
·        Tujuan: Menzahirkan Akidah Islam kepada semua manusia
·        Tempoh: 10 Tahun
·        Sasaran: Sekalian manusia / Orang beriman
·        Fokus: Syariah / Perundangan

Kewafatan

Haji Wida'
·        Khutbah Terakhir(:يا أيها الناس من عاش مات و من مات فات )
·        Haji yang pertama dan terakhir (Tarikh: Tahun ke 10 Hijrah)
·        Wahyu terakhir: Al-Maidah ayat 3 (اليوم أكملت لكم دينكم و أتممت عليكم نعمتي و رضيت لكم الإسلام ديناً)

Nabi saw sakit / wafat
·        Mula sakit pada hari Sabtu minggu terakhir Safar 11 Hijrah.
·        Wafat pada Isnin 12 Rabiul Awwal Tahun 11 Hijrah.


No comments: