Thursday, 19 January 2012

Akhir Zaman

علي - رضي الله عنه - أنه قال: (يأتي على الناس زمان لا يبقى فيما يبقى من الإسلام إلا اسمه, ولا من القرآن إلا رسمه, مساجدهم عامرة وهي خرابٌ من الهدى, علماؤهم شر من تحت أديم السماء, من عندهم تخرج الفتنة وفيهم تعود)

Saidina Ali KW pernah berkata: 'akan datang ke atas manusia satu zaman yang mana tidak akan kekal pada Islam itu kecuali namanya, tidak kekal pada al-Quran kecuali tulisannya, masjid-masjid mereka megah dan agung tetapi tiada hidayah padanya, ulama-ulama mereka jahat, sembunyi di bawah lindungan syurga, daripada merekalah keluar fitnah dan padanya juga mereka kembali'


Akan datang pada akhir zaman nanti, manusia akan bangga dengan nama2 berhuruf dan berbunyi Islam serta berbangga dengan al-Quran. Namun pada waktu itu, nama hanya sekadar nama dan al-Quran menjadi suci dalam debu. Manusia yang membawa nama Islam tidak lagi mencerminkan akhlak dan pembawaan Islam. Ajaran serta hukum hakam yang terkandung di dalam al-Quran, tidak lagi dijadikan pedoman, tidak lagi dijadikan amalan. Manusia berlumba2 membina masjid yang indah, senibina dan bahan binaan yang megah dan perkasa. Namun walaupun ada pengunjung masjid ini, tiada hidayah dan pedoman kepada pengunjungnya. Masjid dan tempat ibadat dijadikan tempat untuk berpura2 dan menunjuk2 terhadap "kealiman", "kepatuhan" masing2 sedangkan tiada keikhlasan padanya. Ulama2 akhir zaman pula jahat2 belaka. Bercakap dan berfatwa tanpa asas, tidak mengesahkan sumber dan tidak mengkaji pembawa berita serta menurut logik akal semata2. Mereka bercakap untuk kepentingan peribadi. Suka mengherdik, mengutuk dan mengecilkan ulama2 lain serta rakan2 mereka yang lain. Ulama ini menabur fitnah namun fitnah yang ditabur ini akan kembali kepada diri mereka semula. Ulama ini akan mengajak kepada keburukan dan kejahatan yang akhirnya akan mengajak kepada syirik kepada Allah yang Esa.
Abdul Aziz Abdullah Ibn Baz, (http://www.binbaz.org.sa/mat/20366)

Renungan untuk kita agar sentiasa berhati2. Perlu kita perkasakan ilmu pengatuan. Amat perlu bagi kita mengenali ciri2 ulama su' (ulama jahat) agar sempat kita kembali ke pangkal jalan. Sekiranya kita berselisih pendapat terhadap sesuatu, kita pulanglah kepada Allah dan RasulNya (an-Nisa:59)

Kenapa kita suka mengherdik sedangkan terlalu mudah untuk kita memuji?
Kenapa kita suka bermasam muka sedangkan terlalu mudah untuk kita melakar senyuman?
Kenapa kita suka mendengar fitnah sedangkan terlalu banyak majlis ilmu dan ceramah online di youtube?
Kenapa kita suka berhasad dengki sedangkan terlalu mudah untuk kita berpuas hati dan bersyukur trhadap apa yang ada?
Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih...

1 comment:

SURIA EMPAT said...

Masyaallah Ustaz mmg betul dunia akhir zaman...semakin jelas tanda2nya tapi kita tetap leka. Semoga kita semua mendapat hidayah Allah dan segera bertaubat dan kembali ke jalan yg benar Insyaallah. Amin. Jazakaallah Ustaz. Salam.