Thursday, 29 December 2011

Al-Hujurat Ayat 11 dan 12

Bismillahirrahmanirrahim...

Marilah sama2 kita rujuki serta hayati ayat2 daripada surah Al-Hujurat (Bilik-bilik) Ayat 11 dan 12.

Biasalah manusia, jika ucapkan keBAIKan, ramai yang insyaAllah suka memasang telinga dan dengar.

Namun jika dituturkan keBURUKan dan pendedahan aib saudara seIslam, lebih ramailah pendengar. Bukan sekadar telinga yang dipasang, malah facebook, twitter, blog dan cnn...

Usahlah kita mempersenda sesuatu kaum berbanding sesuatu kaum yang lain. Tiada siapa yang sempurna. Yang pasti kita ada kelebihan dan kekuatan dalam sesuatu perkara dan orang lain pun ada kekuatan dan kelebihan masing2... Why belittling others?

Pepatah menyatakan 'paku dulang paku serpih...' pepatah juga mengatakan 'terlajak perahu boleh undur...' pepatah lagi 'membuka pekung di dada...'

Ketahuilah kategori ZALIM bagi mereka yang mengecilkan saudara Islam yang lain serta ketahuilah tuntutan TAUBAT bagi mereka yang bersyak wasangka, mengorek aib saudara serta mengumpat.

Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.

Wallahu a'lam...

No comments: