Wednesday, 7 September 2011

اللهم اني اعوذ بك من الفقر والكفر

'Allahumma inni auzubika minal fakri wak kufri'

Salah satu barisan doa yang sering kita baca.
Apakan signifikan serta hubungan antara kekufukuran dan kefakiran?
Satu hadis doef ضعيف yang disenaraikan Albani (1914M) dalam kitabnya السلسلة الضعيفة والموضوعة berbunyi 'كاد الفقر ان يكون الكفر' bermaksud 'hampir-hampir seorang fakir (terlalu miskin) itu untuk menjadi kufur'

Nauuzubillah...

Ekoran ini, kita berdoa dengan doa di atas, agar kita dielakkan daripada tergolong di kalangan mereka yang fakir.

Self explainatory...
Penulisan ini bukan justifikasi bagi mereka yang fakir dan miskin untuk menjadi kufur tetapi kita sendiri boleh membayangkan bagaimana kesempitan hidup boleh membawa kepada kekufuran.

Jargon and Definitions...
http://www.baheth.info/all.jsp?term=فقر
Fakir: didefinisikan oleh kamus 'لسان العرب' dan kamus 'المحيط' sebagai lawan kepada 'kekayaan'
Fakir dan Miskin: dibezakan oleh kamus-kamus di atas sebagai, Fakir: memiliki harta tetapi tidak mencukupi manakala Miskin: tiada apa-apa padanya.

Jelas sekali lagi bahawa doa kita bukan sekadar mengelak daripada miskin malah mengelak daripada 'fakir'