Sunday, 28 August 2011

Aidil Fitri 1432H/2011M

Assalamualaikum,

Dengan ini diisytiharkan bahawa (1 Syawal) Sambutan Aidil Fitri 1432H bersamaan 2011M bagi Konsulat Malaysia Sydney, NSW dan yang sewaktu dengannya adalah pada hari Selasa (30 Ogos 2011M)
Sehubungan itu, Agenda Aidil Fitri diatur seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 30 Ogos 2011 (Selasa)
Tempat: Dewan Malaysia Sydney, 2A Alison Rd, Randwick
Masa:
0700 Takbir Aidil Fitri
0730 Solat Aidil Fitri
0745 Khutbah Aidil Fitri
0830 Jamuan Ringan/Bersurai

Education Malaysia Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin

http://muslimvillage.com/2011/08/24/eid-mubarak-eid-el-fitr-2011-location-prayer-times/

Saturday, 13 August 2011

Lembu Dan Talinya

Assalamualaikum,

Rakan-rakan.

Lembu, jika tidak ditebuk hidungnya, jika tidak DIIKAT dengan tali, jika tidak ditambat, dia akan bebas merayau. Tidak mustahil juga, dia akan jatuh ke dalam perigi. Tidak mustahil pula dia akan disambar lori atau bas di perjalanan.

Topi keledar, jika tidak DIIKAT dengan dengan kemas. Seperti iklan di kaca tv, pasti akan pecah kepala pemakainya.

Tali pinggang keledar, jika tidak dipakai, jika tidak disemat tidak DIIKAT dengan kemas, mungkin tidak akan menjejaskan pemanduan. TETAPI jika ditakdirkan Allah SWT kita bertemu kemalangan sepertimana yang menimpa 8 rakan kita di Melbourne baru-baru ini, pasti ada yang patah tulang kolar, patah spine, remuk dan retak tulang leher.

Di Australia dan negara-negara maju yang lain,kita lihat sistem dan peraturan yang ketat menyebabkan masyarakatnya BAIK dan taat serta patuh. Mereka membenarkan diri mereka DIIKAT dengan sistem dan peraturan tadi. Namun, cuba kita lihat di London sekarang. Apabila mereka memilih untuk tidak mengikat diri mereka dengan peraturan-peraturan ini, masyarakat akan huru hara. Berlaku rusuhan di sana-sini. Merebak dari satu kota ke satu kota.

Rakan-rakan sekalian,
Sempena Ramadan yang mulia, tepuklah dada dan tanyalah iman.
1. Kita yang berpuasa, sebaik kita pulang dari kuliah, pulang dari pejabat. Kita dapati makanan dari sahur masih terhidang di atas meja. Kenapakah kita tidak menjamah, makan dan kenyang daripadanya?
2. Anak-anak sekalian. Kita yang berpuasa, sebaik kita pulang dari sekolah. Kita tahu di dalam peti ais ada air dan ais krim. Kenapakah kita tidak menjamah, makan dan hilangkan haus dahaga daripadanya?
3. Rakan-rakan sekalian. Kita yang diamanahkan wang berjuta. Kita mendapat akses kepada keputusan kewangan. Kuasa membeli dan menyeleweng di tangan kita. Kenapa kita jalankan tugas dengan integriti dan amanah, saksama dan adil?

Jawapan bagi 3 soalan tadi adalah mudah. IKATAN IMAN DAN AKIDAH. Kita memilih untuk membenarkan diri kita DIIKAT dengan Iman dan Akidah.

Sesungguhnya Ikatan Iman dan Akidah adalah ikatan yang 'invisible' yang ada pada setiap muslim. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa suburkan ikatan ini. Benarkan diri kita untuk suburkan ikatan ini dengan sentiasa siramnya dengan majlis-majlis ilmu. Sentiasa bajakan ia dengan mendampingi para ulama'dan ilmuan. Sentiasa racunkan ikatan ini daripada makhluk perosak yang berbentuk hasad dengki, sangka buruk, riak dan takbur.

Wallahu A'lam...

Thursday, 4 August 2011

Perumpamaan Mukmin dan Munafik Terhadap Al-Quran

أخبرنا عمرو بن علي قال حدثنا يزيد بن زريع قال حدثنا سعيد عن قتادة عن أنس بن مالك أن أبا موسى الأشعري قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مثل المؤمن الذي يقرأ القرآن مثل الأترجة طعمها طيب وريحها طيب ومثل المؤمن الذي لا يقرأ القرآن كمثل التمرة طعمها طيب ولا ريح لها ومثل المنافق الذي يقرأ القرآن كمثل الريحانة ريحها طيب وطعمها مر ومثل المنافق الذي لا يقرأ القرآن كمثل الحنظلة طعمها مر ولا ريح لها



سنن النسائي: كتاب الإيمان وشرائعه 5038



Sabda Rasulullah SAW:

Perumpamaan seorang mukmin yang MAMBACA Al-Quran, seperti buah ‘Utrujjah’, rasanya enak dan baunya harum.

Perumpamaan seorang mukmin yang TIDAK membaca Al-Quran, seperti ‘tamar’, rasanya enak tetapi tiada bau padanya.

Perumpamaan seorang munafik yang MEMBACA Al-Quran, seperti ‘Raihan’, baunya harum, tetapi rasanya pahit.

Perumpamaan seorang munafik yang TIDAK membaca Al-Quran, seperti ‘Handzalah’, rasanya pahit dan tiada bau padanya.