Sunday, 31 July 2011

يأكل الحقد والحسد القلب كما يأكل النار الحطب

يأكل الحقد والحسد القلب كما يأكل النار الحطب

Hasad Dan Dengki Itu, Memakan Hati Sepertimana Api Memakan Kayu.

Perasaan hasad dan dengki memang wujud pada setiap insan. Salah satu indikator bahawa kita adalah manusia dan bukan malaikat.

Ada manusia yang memendam, ada manusia yang sentiasa berusaha untuk majukan dirinya, ada manusia yang berusaha membantu rakannya dengan ikslas, ada pula 'nauzubillah' yang sentiasa paranoid lantas bersikap hipokrit dan berusaha menyebarkan fitnah, menjatuhkan rakan2 dengan harapan dirinya akan disanjung dan dipuja.

Berpegang teguhlah pada tali Allah dan janganlah kita berpecah belah.

Cuba runungi:

1. Manusia tidak akan mencapi kesempurnaan iman sehinggalah dia kasihkan saudaranya sepertimana dia kasihkan dirinya sendiri.

2. Apabila tiada hasad dan dengki pada diri seseorang, hidupnya akan lebih tenang, dipenuhi dengan kerehatan dan keamanan.

3. Agungkanlah akhlak-akhlak terpuji. Elakkan sifat-sifat takbur dan besar diri.

4. Jadikan 'pendiding kebaikan' sebagai benteng menentang 'keburukan'. Dia berikan kita api, kita balas dengan air. Dia berikan kita racun, kita balas dengan madu. Dia berikan kita cacian dan fitnah, kita balas dengan pujian dan pujaan. Jika silaturrahim diputuskan, kita jadilah penyambungnya semula. Jika 'Hak' kita disekat, kita jadilah orang yang memberi 'pada apa yang ada'. Jika kita dizalimi, kita sentiasalah maafkan penzalim. Surah Fussilat:Ayat34 Bermaksud: 'Pertahankan dengan kabaikan jika berlaku perseteruan antara kamu dan dia'.

5. Manusia TIADA yang sempurna. Kita sentiasa terdedah kepada kelemahan dan kesalahan. Bagaimana kita berusaha untuk memajukan diri dan atasi kelemahan kita akan membezakan diri insan yang hebat dan sebaliknya. Jika amalan kita adalah mendedahkan keaiban dan kelemahan orang lain, semestinya, kita adalah lebih teruk dan rendah martabatnya daripada rakan kita tadi. Ingatlah, jika kita menutup aib sudara kita, pasti Allah SWT akan menutup aib kita di dunia dan akhirat.

6. Surah Al-Hujurat (bilik-bilik):Ayat 12. 'Wahai orang yang beriman, jauhilah banyak perasaan syak wasangka, sesungguhnya sebahagian besar syak wasangka ini adalah dosa...'

Wallahu A'lam.

3 comments:

Anonymous said...

Jazakumullah renungannya, sangat bermanfaat!

Madu Asli said...

Akhi.. Jazakumullah renungannya, sangat bermanfaat!

SURIA EMPAT said...

Hmmm. Saya percaya terlalu ramai org yg pernah alami kejadian2 ini kpd diri mereka.